Trending
Kecoh Hijab Stylist Ganggu Suami Influencer, Netizen Ungkit Kisah Cerai Pasangan Popular
Tular di media sosial seorang hijab stylist ganggu rumah tangga influencer.
Isu rumah tangga influencer Elcah dan suaminya, Afi Hamri panas apabila bekas hijab stylist artis popular didakwa cuba menjadi orang ketiga.
BACA: Wanita Didakwa Punca Cerai Fazura-Fattah Ganggu Suami ‘Influencer’ Pula, Siap Ajak Masuk Bilik?
Apa yang lebih mengejutkan, dakwaan menyebabkan netizen mula mengaitkan konflik ini dengan kisah penceraian pasangan selebriti popular sebelum ini.
Perkara ini tercetus selepas beberapa pengguna Threads mendakwa wujudnya permainan ‘smear campaign’ untuk menutup perkara sebenar.
“Dia keluar rumah 2 bulan, tapi tak usaha pujuk isteri” – Netizen
Seorang netizen mendakwa si suami keluar rumah selama dua bulan selepas kantoi ‘layan’ orang ketiga.
Namun sepanjang tempoh itu, tiada usaha dilakukan untuk memujuk isterinya semula atau memperbaiki keadaan rumah tangga mereka.

Tambahnya lagi, artis popular itu akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk bercerai selepas kecewa dengan sikap suaminya.
Malangnya, netizen pula menyalahkan si isteri dan mempersoalkan tindakannya yang dianggap terburu-buru minta cerai.
“Kayu tu sebelum cerai dah buat smear campaign”

Isu semakin panas apabila ada netizen tampil mendakwa individu terbabit sudah menjalankan smear campaign sebelum penceraian lagi.
Malah, ramai pihak dipercayai berpihak kepada si suami dan mengecam isteri secara terbuka.
Netizen mendakwa reputasi si isteri ketika itu jatuh teruk akibat cerita sebelah pihak, hingga ada yang membawa isu ini ke mimbar khutbah Jumaat kononnya berkaitan buka aib dan duit raya.
Pssttt! Semoga selepas ini netizen lebih terbuka untuk dengar dua-dua sisi sebelum buat penilaian.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM