Connect with us

Oh! Media

Jihan Muse Tampil Jawab Dakwaan Sudah Bersara Dari Industri Seni

Jihan Muse

Oh! Artis

Jihan Muse Tampil Jawab Dakwaan Sudah Bersara Dari Industri Seni

Pelakon dan pengacara, Jihan Muse kini jarang dilihat di kaca televisyen sehingga ada yang menyangka dia sudah bersara.

ADVERTISEMENT

Pengacara itu memperlahankan kariernya sebagai anak seni kerana ingin memberi lebih perhatian kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

Baru-baru ini ada client jumpa saya tidak mahu memperbaharui kontrak bagi satu produk ini. Apabila saya tanya kenapa, dia memberitahu ada pihak mengatakan saya sudah bersara.

Saya belum bersara! Cuma kebanyakan tawaran yang saya ambil tidak memerlukan komitmen yang panjang. Seperti lakonan memang saya tolak buat masa ini demi anak-anak.

Menurt Jihan, dia mahu menjaga dua anak lelakinya sendiri kerana mahu melihat mereka membesar dengan baik dihadapan matanya.

Jihan Muse

Tambahan, pengacara ini juga berkongsi apabila mendengar pengalaman artis senior yang kesal kerana mengutamakan karier berbanding keluarga membuatkan dia tidak mahu melakukan kesilapan yang sama.

Sebenarnya adalah beberapa artis senior yang saya rapat beritahu mereka banyak rugi masa terlepas momen untuk melihat anak-anak membesar.

Jadi saya ambil perkara itu sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Saya fikir kalau asyik sibuk bekerja, mungkin saya pun akan jadi macam tu. Tiba-tiba anak dah besar.

Dalam pada itu, Jihan berkata suaminya, Ungku Hariz mencabar dirinya sama ada boleh menguruskan waktu bekerja dan hal rumah tangga dengan bijak.

Pendorong utama saya sebenarnya adalah suami kerana dia macam mencabar saya juga. Dia beri saya bekerja tapi dia akan tanya boleh ke saya uruskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Saya mahu cabar diri saya sendiri. Saya boleh kerja depan beribu orang, tak ada masalah untuk saya.

Tapi dekat rumah, saya tak berapa hebat. Saya rasa saya hebat dengan kerjaya saya, tetapi sebagai ibu saya belum hebat.

Jihan Muse

Selepas setahun berehat dari kehamilan anak kedua, Jihan teruja kerana dapat kembali semula menjadi panel penyiasat tetap dalam program ICSYVMY musim keenam.

Tahun lepas sepatutnya saya ada tetapi waktu rakaman saya masih baharu trismeter pertama, saya betul-betul mabuk teruk tak boleh datang kerja itu sebab saya tidak menyertainya musim lalu.

Alhamdulillah, tahun ini saya dapat menyertai semula produksi ICSYVMY yang mana musim kali ini lebih meriah dan ‘gila’ berbanding sebelumnya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas