Trending

“Jatuh Sehingga RM800, Lebih Baik Kerja McDonald” – Atlet

Published on

Seramai 144 atlet daripada program latihan kebangsaan terpaksa digugurkan untuk memberi keutamaan kepada usaha memulihkan ekonomi pasca Covid-19. Selain itu, Majlis Sukan Negara (MSN) turut mengurangkan elaun latihan atlet negara.

BACA: “Misi Ke Tokyo Untuk Harumkan Malaysia, Bukan Ganjaran” – Ziyad

Rayzam Shah Wan Sofian sebagai penghuni ranking kedua Asia dan penyumbang pingat pada setiap kejohanan berkata elaun latihan bulanannya dipotong daripada RM2,000 kepada RM800.

Menerusi Utusan, Rayzam berkata, amat mustahil untuk hidup dengan RM800 sebulan dengan statusnya sebagai atlet kebangsaan sepenuh masa.

Dia berharap MSN dapat mengkaji semula potongan elaun yang dirasakan terlalu drastik. Tambahan pula ramai atlet yang berjaya mengekalkan prestasi walaupun tanpa pingat emas.

Kalau RM1,500 tak apa lagi, tapi kalau sudah jatuh sehingga RM800, saya pun terfikir-fikir mungkin lebih baik kerja lain sahaja yang berikan gaji lumayan, lebih baik kerja McDonald.

Jelasnya lagi, dia sudah berkeluarga jadi RM800 digunakan untuk tanggungan rumah, elektrik dan anak. Dulu semua pemenang pi­ngat emas, perak dan gangsa akan menerima RM2,000.

Kini hanya pemenang emas mendapat RM2,000, perak dan gangsa pula menerima RM800.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version