Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Dituduh Sindir Fazura Dan Buat Muka Fattah Amin Berubah, Ini Respon Tuan Badan

Janna Nick Fattah Amin

Trending

Janna Nick Dituduh Sindir Fazura Dan Buat Muka Fattah Amin Berubah, Ini Respon Tuan Badan

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick menerima kecaman hebat netizen selepas mengajukan soalan kepada Fattah Amin dengan menyebut istilah “perempuan gila” dalam satu segmen rancangan hiburan.

Menurut laporan mStar, rata-rata netizen menyifatkan ungkapan itu merujuk kepada bekas isteri Fattah, aktres Fazura, dan menuduh Janna tidak menghormati kaum wanita.

“Yang gila tu saya, bukan orang lain!” – Janna Nick

4e21930b b3bc 4b25 832b aae909c9de68

Tak tunggu lama, Janna tampil memberikan penjelasan menerusi video di TikTok, menegaskan bahawa soalan itu sebenarnya bersifat umum dan bukan ditujukan kepada sesiapa.

IKLAN

Korang kata saya cakap Fazura perempuan gila. Yang gila tu saya! Saya yang gila, diperakui.

Nak faham pandangan lelaki lepas bercerai

Img 4988

Menurut Janna, niat asalnya hanyalah untuk memahami perspektif lelaki selepas bercerai, terutama mengenai rasa bebas atau tekanan yang mereka alami.

Saya nak tahu macam mana lelaki rasa, adakah rasa bebas daripada tanggungjawab, anak bini, atau rasa wanita itu ‘gila’ bila dah berpisah?

Mana mungkin hina wanita

6f037c4d dc04 4672 a7cc c0af3beee746

Janna turut meluahkan bahawa dia tidak pernah berniat menghina kaum wanita, apatah lagi dirinya sendiri berasal daripada keluarga yang melalui perceraian.

Ibu saya juga wanita yang diceraikan. Saya sangat faham perasaan perempuan yang ditinggalkan. Saya takkan hina wanita atau ibu saya sendiri.

Dalam nada rendah diri, Janna memohon maaf sekiranya soalannya terlalu ‘direct’ dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Itulah tanggungjawab saya sebagai pengacara. Saya tahu ada yang rasa terguris, jadi saya mohon maaf.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, setiap perkataan boleh jadi peluru. Sebelum menilai atau mengecam, pastikan kita benar-benar faham maksud sebenar di sebalik kata.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas