Kasih ibu sampai syurga, kasih bapa sepanjang masa. Itulah yang dapat digambarkan dengan pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi melepaskan hajat anaknya yang sedang hamil.
BACA: Mama Neelofa Baik Hati Masak Untuk Ibu Hamil Mengidam Air Tangan, Siap Hantar Lagi!
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang menggelarkan dirinya Omma itu berkata anak tiba-tiba mengidam mahu naik kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bergerak bukannya display di muzium.
Wanita ini memberanikan diri ke Kem Sungai Besi menyatakan hajat tersebut kepada anggota yang bertugas. Siapa sangka hajat ibu hamil itu kesampaian apabila mereka sekeluarga dibenarkan naik. Terima kasih ATM!
Menerusi beberapa video yang dimuat naik, wanita ini berkata dia sebagai seorang ibu akan berusaha yang terbaik demi anaknya. Malah, dia juga pernah merasai fasa mengidam yang bukannya dibuat-buat.
Malah, ibu hamil itu dilihat tak henti-henti mengalirkan air mata. Alhamdulilah, semoga anak dilahirkan sihat dan menjadi salah seorang wira negara suatu hari nanti.
Kredit: TikTok @omma_ellysha76
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.