Trending

Jakim Sahkan Restoran Nasi Ayam Claypot Didakwa Guna Rice Wine Tiada Sijil Halal

Published on

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai restoran nasi ayam claypot popular di Sri Petaling didakwa menggunakan rice wine dalam masakan.

BACA: Restoran Nasi Ayam Claypot Terkenal Kantoi Guna ‘Rice Wine’ Dalam Masakan Ditutup

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membuat semakan melalui Portal Halal Malaysia dan mendapati premis itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Pihak JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut.

Kredit: Jakim

Jakim dalam hantarannya memohon orang ramai sentiasa berhati-hati dalam memilih premis untuk dikunjungi.

Untuk membuat semakan, orang ramai boleh melayari Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/ atau melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Kredit: Facebook Jakim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version