Baru-baru tular tentang surat maklum balas JAKIM berkaitan isu status halal premis makanan sehingga mengundang reaksi pelbagai pihak.
Terbaru JAKIM tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut dengan memaklumkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM untuk status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.
Justeru itu, masyarakat boleh menyemak sendiri status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh di Portal Halal Malaysia.
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM