Trending
JAKIM Lapor SKMM Dan Polis, Tuntut Tindakan Terhadap Individu Sentuh Sensitiviti Islam
Terbaru, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang lelaki mempersenda ajaran Islam. Video tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan menuntut tindakan diambil.
BACA: “Malaysia MADANI Menekankan Nilai Hormat-Menghormati..” – JAKIM Beri Teguran Tegas
Susulan itu, JAKIM tampil dengan satu kenyataan media berkata, aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat termasuk laporan polis.
JAKIM bertindak tegas, laporan sudah dibuat

Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee menyeru pihak berkuasa bertindak tegas ke atas individu tersebut selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa.
Nasihat rakyat Malaysia supaya jaga keharmonian

Beliau menegaskan kenyataan serta tindakan individu ini telah mengganggu keharmonian dalam masyarakat dan boleh menimbulkan ketegangan yang tidak diingini.
JAKIM berharap semua pihak menghentikan sebarang bentuk provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan dan mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam kesempatan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, JAKIM menasihatkan semua pihak agar mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain serta menjaga adab dalam bermedia sosial.

Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM