Connect with us

Oh! Media

Isu Wanita Hina Islam, JAWI Segera Siasat Dan Tak Akan Berkompromi

Crackhouse ohmedia

Trending

Isu Wanita Hina Islam, JAWI Segera Siasat Dan Tak Akan Berkompromi

Tular di media sosial tindakan biadap seorang wanita menghina agama apabila tiba-tiba membuka tudung dan baju kurung yang dipakainya di atas pentas. Sebelum itu, dia sempat memperkenalkan diri dan mengaku telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kelab komedi di ibu kota. Ketika itu dia sedang membuat satu persembahan komedi.

BACA: Wanita Bertudung Bangga Hafal 15 Juzuk Quran Sebelum Tanggal Baju Separuh Bogel! Ini Satu Penghinaan

IKLAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengesahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI sudah mengambil tindakan berhubung isu tersebut.

Saya telah meminta pihak JAWI untuk mengambil tindakan berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada dengan kadar segera.

Tambahnya Idris Ahmad lagi, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menghina kesucian agama Islam.

292730440 408159221352393 8315040355970086975 n

Dalam satu kenyataan media, JAWI memaklumkan siasatan awal telah dilaksanakan dan jika sabit kesalahan pelaku boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7.

Kredit: Idris Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas