Trending
Isu Pijak Al-Quran, Ustaz Wadi Annuar Gesa Tindakan Undang-Undang Yang Tegas
Ustaz Wadi Annuar tegaskan tindakan pijak al-Quran biadap dan tidak boleh diterima.
Terdahulu, media melaporkan seorang penuntut universiti direman empat hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menghina Islam dengan memijak al-Quran.
Lapor Berita Harian, suspek berusia 21 tahun disiasat mengikut Seksyen 298 kanun keseksaan kerana melakukan tindakan menghina agama lain.
Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Ustaz Wadi Annuar sifatkan perbuatan biadab

Terbaru, pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar turut bersuara memohon tindakan undang-undang yang tegas dikenakan.
Memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun. Ia satu penghinaan terbuka terhadap agama. Undang-undang mesti bertindak tegas dalam perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Kenyataan itu jelas menggambarkan kekecewaan beliau terhadap tindakan yang dianggap mencemar kesucian kitab suci umat Islam.
Rata-rata netizen bersetuju dan memohon isu ini dipandang serius.
Pssttt! Isu melibatkan sensitiviti agama bukan perkara kecil dan perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab. Apa pun keputusannya nanti, biarlah siasatan dijalankan secara adil dan telus. Dalam masa sama, semua pihak wajar menjaga adab serta menghormati kepercayaan antara satu sama lain demi keharmonian negara.
Kredit: Thread Ustaz Wadi Annuar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM