Trending

Isteri Upah Lima Lelaki, Rogol Tetamu Yang Merupakan ‘Kekasih’ Suami

Published on

Kejadian di New Delhi, India, seorang isteri yang mengupah lima lelaki untuk merogol tetamu wanita yang disyaki memiliki hubungan sulit bersama suaminya telah ditahan polis.

BACA: Rogol Remaja Bawah Umur, Pelajar Kolej Diburu Polis

Menerusi laporan Kosmo, Gayatri menyatakan dia syak suaminya, Srikanth menjalinkan hubungan intim dengan tetamu di rumahnya.

Tetamu rumah jadi kekasih suami

Wanita yang didakwa sebagai perempuan simpanan itu dikatakan tinggal di rumah pasangan suami isteri di Sriramnagar, Kondapur, Hyderabad kerana tidak sihat.

Namun, selepas beberapa bulan menetap di rumah itu, Gayatri yakin bahawa suaminya dan tetamu wanita itu telah menjalinkan hubungan istimewa.

Untuk membalas dendam, Gayatri memaksa lima pekerjanya untuk melakukan serangan seksual yang kejam kepada wanita itu.

Gayatri menarik mangsa ke bilik sementara lima pekerjanya sudah menunggu di dalam. Rakaman kejadian telah direkod dan Gayatri ugut untuk menyebarkan video itu jika mangsa membuat sebarang aduan kepada polis.

Sebelum membuat laporan polis, keluarga mangsa telah membawanya ke hospital kerana mengalami kecederaan parah.

Polis sudahpun menahan Gayatri dan lima suspek perogol yang terlibat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Me

Exit mobile version