Connect with us

Oh! Media

Isteri Kedua Abang Tesla Dituduh Cuba Bolot Harta Lepas Lahirkan Anak? Isteri Pertama Hilang Sabar

Ohmedia abang Tesla

Trending

Isteri Kedua Abang Tesla Dituduh Cuba Bolot Harta Lepas Lahirkan Anak? Isteri Pertama Hilang Sabar

Ahli perniagaan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry meluahkan rasa kecewa apabila orang luar telah menghebahkan mengenai kelahiran anaknya di media sosial.

Kata abang Tesla, isteri keduanya itu masih berada di hospital dan dia buntu apa lagi yang harus dilakukan.

Dia sudah berusaha untuk menyembunyikan hal tersebut dan menutup mulut demi menjaga hati masing-masing.

IKLAN

Malah, ayat yang ditulis di dalam posting menyebabkan orang ramai menuduh isteri keduanya cuba untuk membolot harta.

Sedangkan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi langsung tidak memuat naik sebarang perkembangan.

Sementara itu, isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari dilihat sudah hilang sabar mendakwa sering diganggu secara mental oleh keluarga madunya.

Nurmajdina juga menunjukkan bukti alat ujian kehamilan di mana dia pernah mengandung dan tidak mandul.

Namun, kandungan itu difahamkan tidak bertahan lama dan gugur pada usia 6 minggu.

Isteri pertama abang Tesla juga memberi amaran mengenai perniagaan di mana ianya diusahakan oleh mereka dari bawah.

Tanpa menyebut nama, Nurmajdina berkata, individu tersebut langsung tidak membantu sehingga syarikat sudah mempunyai 6 cawangan.

Isteri pertama memohon individu tersebut dan ahli keluarganya mempunyai sedikit perasaan malu apabila cuba mengaku-ngaku mengenai perniagaan Khal Legacy.

Abang Tesla

Kesabaran semakin menipis, Nurmajdina mendakwa sudah lama berdiam diri namun langsung tidak dihormati dan dihargai.

Malah, pihak sana semakin melampau menghina dan dia terpaksa mempertahankan diri sendiri.

Ohmedia abang Tesla

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas