Mesti ramai yang tak sabar nak tahu keputusan mengenai rayuan terakhir Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana milik SRC International Sdn Bhd hari ini kan?
Tular di Twitter gambar wardan penjara kononnya berada di luar perkarangan Mahkamah Persekutuan untuk tangkap Najib. Biar betul?
Pegawai penjara dah stanby luar mahkamah untuk tangkap Najib. Ini juga merupakan hadiah terbaik sempena Merdeka tahun ini.
Menurut laporan Harian Metro, gambar berkenaan adalah palsu dan perkara ini disahkan sendiri Jurucakap Jabatan Penjara.
Itu gambar palsu dan bukan daripada Jabatan Penjara.
Kebiasaannya prosedur pesalah yang dijatuhkan hukuman, pihak polis yang akan menghantar mereka ke penjara.