Connect with us

Oh! Media

Influencer Malaysia Hilang Ketika Melakukan Aktiviti Paranormal Dalam Hutan Di Bandung, Indonesia

Ohmedia 9d9cad34 9ad8 4581 ac5b 26b9b364b883

Trending

Influencer Malaysia Hilang Ketika Melakukan Aktiviti Paranormal Dalam Hutan Di Bandung, Indonesia

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kehilangan seorang Influencer yang dikenali sebagai Eyka semasa melakukan aktiviti paranormal dalam sebuah hutan di Bandung, Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh YouTuber, Ammar Nazhan yang merupakan orang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti itu.

Hilang sekitar jam 2 pagi

Hilang
Eyka Berbaju Biru Sebelah Kiri

Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.

Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu.

Misi pencarian sedang dijalankan

8c02b0aa fbcb 4452 b7c3 113d15bcb1a7

Laporan polis sudah dibuat oleh Ammar Nazhan dan misi pencarian sedang dijalankan oleh pihak polis dan tentera.

IKLAN

Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini.

Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera.

Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi.

Ammar juga sudah memaklumkan tentang kehilangan Eka kepada keluarganya dan meminta mereka supaya tidak bimbang kerana beliua menguruskan segalanya hingga wanita itu ditemui semula.

Akhirnya Eka sudah ditemui

Fcd45814 9db6 4150 9bb3 6ae4a37c9621

Alhamdulillah, hasil bantuan pihak berkuasa Indonesia yang melakukan pencarian, Eka sudah dijumpai sebentar tadi. Perkara itu juga disahkan oleh AMZ Team.

#OhmediaNasihat

Semoga menjadi pengajaran buat semua. Jangan sesekali masuk ke kawasan hutan untuk mencari hantu pada waktu malam. 

Ditambah lagi semasa berada dalam keadaan haid atau datang bulan. 

Ohmedia 9d9cad34 9ad8 4581 ac5b 26b9b364b883

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas