Trending

Ibu Dan Dua Anak Kena Halau Dari Rumah Sewa, Suami Pula ‘Buang’ Keluarga Lepas Kahwin Baru

Published on

Di Facebook, tular kisah mengenai seorang wanita dan dua anak kecilnya meminta izin Ustaz Abu Hamizan untuk tidur di masjid selepas dihalau daripada rumah sewa.

BACA: “Ayah Baru Letak Syarat” – Bapa Tiri Hanya Mahu Ibu, Remaja Bawa Diri Ke Rumah Kebajikan

Ketika ditanya mengenai suami, wanita berkenaan menjawab suaminya berubah sikap dan mengabaikan keluarga selepas berkahwin lain.

Dia tiada tempat mahu dituju disebabkan keluarganya tinggal di Selangor. Dia juga tiada wang untuk membeli makanan anak-anak.

Mendengarkan kisah sedih itu, Ustaz Abu Hamizan segera membantu setakat yang mampu. Wanita itu juga meminta izin untuk menggunakan duit sumbangan membeli tiket bas pulang ke kampung.

Baki lebih pula digunakan untuk membeli makanan isi perut anak-anak. Sebak!

Kredit: Facebook Ustaz Abu Hamizan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version