Sebut je pasal kereta, mesti ramai penggemar kereta yang masih lagi suka dan tertarik dengan kereta jenis JDM (Japanese Domestic Market) tatkala melihat kenderaan jenis itu berada di atas jalan raya.
Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok yang begitu teruja melihat kereta idaman ramai, Toyota AE86 yang popular menerusi siri animasi Jepun, ‘Initial D’.
Namun begitu, dapat dilihat keterujaan lelaki tersebut ‘dipatah’kan teman wanitanya yang menyamakan kenderaan idaman ramai itu dengan kereta Proton Iswara.
Kereta apa tu? Apa istimewa dia? I tengok macam Iswara je, buruk je.
Di ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkesima dengan reaksi yang diberikan wanita itu kerana memberikan komen sedemikian terhadap kereta yang harganya kini mencecah ratusan ribu ringgit.