Trending

Helikopter APMM Terhempas Di Kuala Selangor

Published on

Dilaporkan sebuah Helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendarat cemas kira-kira 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa, Klang pukul 10 pagi tadi.

Kejadian helikopter terhempas ini berjaya dirakam oleh seorang pemandu bot berdekatan lokasi. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengatakan pihaknya ada menerima panggilan kecemasan tentang insiden tersebut.

Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan.

Sumber terbaru mengesahkan 4 penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat. Mungkin salah satunya disebabkan tindakan pantas oleh para nelayan yang berada di lokasi kejadian.

Syukur kesemua mangsa masih dipanjangkan umur. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version