Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Janji Pertahan Harga RON95 Demi Rakyat

Ohmedia anwar ibrahim uec

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Janji Pertahan Harga RON95 Demi Rakyat

Harga petrol RON95 kekal RM1.99 walaupun konflik Timur Tengah jejaskan pasaran global.

Isu harga petrol RON95 kembali jadi perhatian bila pasaran global berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Timur Tengah. Ramai yang mula risau kalau-kalau harga minyak naik lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun beri jaminan bahawa kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter demi rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim janji pertahan harga petrol RON95

Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, kenaikan harga minyak mentah global memang dijangka beri kesan kepada negara. Ini susulan sekatan ke atas Selat Hormuz dan ketegangan yang berlaku.

IKLAN

Namun begitu, kerajaan bertekad untuk mempertahankan harga petrol RON95 khususnya bagi program Budi MADANI RON95 atau BUDI95.

Insya-Allah, untuk rakyat Malaysia saya akan cuba mempertahankan supaya tidak ada kenaikan harga minyak.- Katanya.

Pasaran global tak menentu

Beliau turut mengakui keadaan pasaran global sukar dikawal sepenuhnya. Risiko geopolitik yang meningkat susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Iran menyebabkan sentimen pasaran jadi lebih berhati-hati.

Kita akan bertahan semaksimumnya tapi, wallahualam, (pasaran) ini tak terkawal, kalau keadaannya menjadi sehingga luar daripada kawalan kita, itu (jika berlaku kenaikan harga) tidak dapat kita pastikan.- Katanya.

Situasi di Timur Tengah turut menjejaskan harga minyak mentah, ringgit dan aliran perdagangan global. Ketika ini, minyak mentah WTI dilaporkan naik 2.78 peratus kepada US$67.02 setong. Manakala minyak mentah Brent pula meningkat 2.87 peratus kepada US$72.87 setong.

Firma Rystad Energy pula menjangkakan harga minyak mentah Brent berpotensi melonjak sebanyak US$20 setong sekiranya ketegangan tidak menunjukkan tanda reda. Dengan perkembangan ini, ramai pastinya berharap harga petrol RON95 benar-benar dapat dikekalkan seperti dijanjikan.

Pssttt! Ohmedia harap korang terus berhemah dalam berbelanja walaupun harga petrol RON95 masih kekal RM1.99. Keadaan global memang tak menentu, jadi lebih baik kita sentiasa bersedia dan berjimat.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas