Zaman sekarang ni merupakan satu zaman di mana ramai pengusaha produk atas talian yang begitu mudah untuk melakukan marketing tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menjual produk-produk mereka.
Tak dinafikan, marketing yang dilakukan mereka itu begitu hebat dan berjaya sehinggakan ramai jutawan muda dilahirkan menerusi penjualan produk atas talian ini.
Namun begitu, dapat kita lihat segelintir pengusaha produk memilih untuk menggunakan cara marketing yang tidak sepatutnya dan tidak sesuai untuk ditonton orang ramai.
Kereta dipandu lelaki penuh dengan tulisan ‘janda’
Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki di ibu kota.
Hahahha padah main janda ! Amekau ! Apam dirumah tak habis makan,sibuk cari apam lain ! . Pesanan akak,kalau tak mampu jadi tonggak yg baik untuk isteri/anak jgn pasang niat nak beristeri ,bina masjid ni bukan semua mampu nak menggalas duty tu,hidup bujang ok . Kredit :@tiktokmypic.twitter.com/BAhOIXBjbY
Dapat dilihat kereta yang dipandu lelaki tersebut diconteng dengan perkataan ‘janda’ serta beberapa tulisan yang kurang elok untuk dibaca.
Marketing ‘sampah’ jenama vape
Setelah diselidik beberapa pengguna Twitter yang lain, difahamkan video yang tular itu merupakan salah satu cara marketing yang dilakukan sebuah syarikat menjual vape.
Ya betoii.. Maha Karya guna konsep marketing very cheapskate. Menghina janda. Harap 7 keturunan dia ramai menjanda lepas ni. Dah nak sangat