Beberapa tahun lalu, Mikhail sudah melafazkan talak tiga terhadap Hajar selepas kantoi curang dan pernah berjanji tidak akan melakukannya lagi.
Menerusi akaun TikToknya, Mikhail ada memuat naik satu video bersamaan kapsyen yang meluahkan isi hatinya.
Hampir setiap malam fikir dan menangis tengok anak. Maafkan mikhail kalau ada salah dan silap. Mikhail cuba bagi yang terbaik selama ini sebagai anak dan suami.
Menurut Mikhail, dia hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan dan amat kesal dengan perkara yang telah menimpanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan perbuatan terkutuk ‘influencer’ itu kerana sering melihat konten-konten manisnya bersama isteri seperti tiada masalah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang meluahkan rasa simpati dan kesian dengan nasib Hajar yang terpaksa hadap ujian yang menimpa dirinya ini.