Connect with us

Oh! Media

Hanya Imbas MyKad Baharu Bagi Pembelian Minyak Masak Subsidi

Ohmedia minyak masak subsidi

Oh! Negara

Hanya Imbas MyKad Baharu Bagi Pembelian Minyak Masak Subsidi

MyKad baharu dengan kod QR akan digunakan untuk rekod pembelian minyak masak subsidi mulai 1 Jun.

Mulai 1 Jun nanti, korang yang nak beli minyak masak paket bersubsidi dah boleh guna MyKad versi baharu yang ada kod QR khas. MyKad ni bukan saja untuk pengesahan diri, tapi akan jadi cara rasmi untuk rekod pembelian subsidi supaya tak bocor dekat warga asing.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, kad pengenalan baharu ini akan jadi alat utama untuk elak penyelewengan pembelian barang subsidi.

Jika sekarang, aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) menggunakan kod QR, dengan hanya mengimbas kad pengenalan yang mempunyai kod QR itu juga nanti, membolehkan pembelian minyak masak paket dimanfaatkan masyarakat kita.- Katanya.

Gabung eCOSS dengan MyKasih untuk lebih mudah

Buat masa sekarang, kerajaan masih guna sistem eCOSS untuk kawal pembelian subsidi. Tapi tak lama lagi, ia mungkin akan digabung dengan sistem MyKasih yang digunakan untuk program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan pembelian RON95.

IKLAN

Kata Armizan lagi, pihak kementerian akan bincang dengan Kementerian Kewangan untuk integrasikan platform ni supaya rakyat tak perlu guna banyak aplikasi berbeza untuk dapatkan hak mereka.

Luar bandar masih boleh guna kaedah manual

Satu lagi persoalan penting dibangkitkan dekat Dewan Rakyat tadi ialah macam mana dengan warga emas dan orang susah yang duduk jauh dan tak ada internet?

Menurut Armizan, kerajaan memang dah ambil kira benda ni sejak awal. Masa fasa rintis eCOSS yang bermula Mei lepas, pembelian secara manual masih dibenarkan, terutamanya di kawasan yang belum ada capaian internet.

Apa yang menarik, sistem eCOSS ni bukan setakat rekod pembelian di kaunter je. Ia sebenarnya daftar semua pihak dalam rantaian bekalan, daripada kilang penapis, pembungkus, pemborong sampailah ke peruncit.

Maknanya, setiap paket minyak masak bersubsidi yang dijual akan direkod dari awal sampai ke tangan pengguna. Sistem ni bantu kerajaan pantau ketirisan dan pastikan subsidi betul-betul sampai kepada rakyat yang layak.

Pssttt! Ohmedia rasa langkah ni memang tepat pada masanya, tapi jangan lupa juga bantu mak ayah atau orang tua kita kalau dorang tak biasa guna sistem QR. Kadang-kadang bantuan kecil kita tu boleh mudahkan urusan besar dalam hidup orang lain.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas