Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan seorang pelayan wanita di sebuah restoran di Terengganu dipeluk dua pelanggan lelaki ketika bergambar.
Terbaru, Utusan melaporkan Darlene kini hanya bertugas di dapur dan kaunter selepas kejadian itu.
Sekarang, saya lebih banyak berada di dapur dan kaunter kerana bimbang ada pihak mengambil kesempatan dan curi-curi mengambil gambar dan video.
Dia yang tak mahu kejadian sama berulang lebih berhati-hati dan tak lagi menjadi pelayan. Katanya lagi, dia tak mahu ada pelanggan mengambil kesempatan atau berbuat tak senonoh menyebabkan dirinya dicemuh netizen.
Jelas Darlene lagi, pendakwaan kesnya akan dilakukan September depan di Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu. Dia bercadang untuk mendapatkan khidmat peguam untuk kes itu.
Pelayan wanita ini turut meluahkan rasa tidak adil kerana pelanggan lelaki dalam video tular itu tidak dikenakan sebarang tindakan.
Tetapi saya rasa tidak adil kerana tindakan juga wajar diambil terhadap lelaki-lelaki yang terlibat dalam video tular itu dan bukan saya seorang.
Tambahan pula hanya dia seorang disalahkan sehingga ada yang datang ke kedai semata-mata mahu mencaci makinya.