Tapi tular pula di Tiktok menunjukkan beberapa foto pelakon wanita itu sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lepas.
Kalau korang ingat masa itu Shakilla nafi dan menepis spekulasi mengenai dakwaan dia menjadi punca isteri kepada lelaki itu diceraikan.
Hantaran di Tiktok itu juga ada menunjukkan hantaran bekas isteri kepada Fariz dan perkara itu mengundang perhatian netizen.
Apa pandangan korang mengenai hal ini? Apapun, semoga Shakilla dan suami berbahagialah hingga ke akhirnya.
Untuk info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia. Tapi, jodoh tak panjang dan mereka telah bercerai pada tahun 2021.