Menurut laporan Kosmo, terdapat seorang guru tadika mendedahkan yang gajinya hanya RM450 kepada pengacara terkenal, Fedtri Yahya menerusi pesanan mesej di Twitter. Biar betul?
Saya perlu pertolongan nak tanya orang ramai, normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ini?
Saya bekerja sebagai guru di sebuah tadika yang saya tak mahu dedahkan namanya.
Guru berkenaan juga turut meluahkan yang dia perlu bekerja dari pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari dengan menjaga 19 orang pelajar.
Bukan tu jer, dia juga perlu kejar target yang tinggi untuk akademik, menghafal surah dan hadis.
Apa pandangan korang? Layak ke seorang guru seperti ini dapat gaji hanya RM450 sebulan?