Pelakon dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila dia bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Syifa memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam majlis kesyukuran serta ‘gender reveal’ yang diadakan pada Ahad.
Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin kini sudah hamil tujuh bulan turut meluahkan rasa teruja untuk menjadi seorang ibu dan memohon doa agar urusan dipermudahkan.
Perkara itu turut dikongsi di laman Instagram miliknya dan pasangan itu turut melakukan acara kejutan meletupkan belon sebagai tanda jantina anak mereka.
Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu tak sabar nak jumpa kamu.
Disebalik perkongsian gembira ini, apa yang lebih menjadi tumpuan adalah aksi teruja dua kakanya iaitu Syatilla dan Syida yang melompat kegembiraan selepas mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.
Oleh kerana terlalu gembira, Syatilla dilihat melompat ke arah Syida sehingga mereka berdua terjatuh di atas lantai.
Saya memang tidak sangka akan terjadi. Benda tak sedar kot.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan aski spontan dua beradik itu.
Orang lain yang hamil, orang lain yang lebih teruja.