Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Cekik Dan Maki Polis, Ini Hukuman Buat Penganggur

Untitled Design 15

Trending

Gara-Gara Cekik Dan Maki Polis, Ini Hukuman Buat Penganggur

Sebab ikutkan sangat rasa marah, seorang penganggur telah terima hukuman selepas memaki hamun dan mencekik seorang anggota polis.

Menurut laporan, asalnya polis tersebut terima laporan yang suspek mengamuk dan memukul anak serta isterinya. Jadi, polis tu pun datang lah ke tempat kejadian untuk bantu tenangkan mangsa.

Eh, tak pasal-pasal pula suspek pergi maki polis tersebut dengan keluarkan kata-kata kesat. Tak cukup dengan tu, suspek telah mencekik mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

IKLAN

Akibatnya, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir telah jatuhkan hukuman penjara 4 bulan kepada suspek selepas mengaku bersalah. Asalnya, Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman yang setimpal kerana tindakannya yang mengasari penjawat awam.

“Dalam kes ini, tindakan tertuduh dianggap gangsterisme dan tidak bermoral selain telah mendatangkan kesulitan terhadap anggota polis yang menjalankan tugas,” katanya.

Tapi, kerana suspek mempunyai tanggungan keluarga isteri dan anak, hukumannya telah dikurangkan. Dalam prosiding berlainan, suspek tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak dan isterinya. Kes tersebut telah ditetapkan bagi sebutan semula Januari 2021 nanti.

Sebab tu lah, jangan ikutkan sangat rasa marah sampai kawal minda kita. Banyak benda yang buruk berlaku nanti. Nak marah tu, biar berpada-pada. Bak kata pepatah, ikutkan hati, mati. Ikutkan rasa, binasa.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas