Mendapat majikan yang baik dan prihatin terhadap setiap pekerja juga merupakan salah satu rezeki yang patut kita syukuri. Ini kerana, melalui keprihatinan yang ditunjukkan itu dapat membantu merapatkan lagi hubungan sesama majikan dan pekerja.
Peluang ini digunakan pelakon dan pengusaha perniagaan, Fazura yang berhabis puluhan ribu demi menghargai staf yang merupakan tulang belakang kepada perniagaannya.
Tular satu video yang dikongsi @sonichussein di TikTok, kelihatan Fazura dan Fattah Amin bersama beberapa individu yang dipercayai staf kepada mereka berbelanja beberapa buah beg tangan di sebuah butik ternama.
Menerusi video berkenaan juga dapat dilihat staf kepada pelakon dan pengusaha perniagaaan tersebut sangat terharu dan berterima kasih kepadanya atas pemberian yang diberikan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
Netizen puji Fazura dan Fattah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fazura dan Fattah Amin yang berhabis puluhan ribu demi menghargai staf mereka. Mereka turut mendoakan agar Fazura dan Fattah sentiasa dimurahkan rezeki.