
Trending
Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Langsung Tak Datang Jenguk Anak Lagi Sejak Lahir
Fara Salleh dedah Shuk Sahar langsung tak jenguk anak selepas lahir dan tak jalankan tanggungjawab sebagai suami.
Selepas kecoh di media sosial, isteri kepada pelawak terkenal Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendedahkan bahawa Shuk langsung tidak datang menjenguk anak mereka, Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lepas.
Menurut laporan mStar, Fara mendakwa Shuk juga tidak berusaha untuk menghubungi atau bertanya khabar walaupun kini dia sedang dalam tempoh berpantang.
Langsung tak nampak batang hidung, entahlah saya sendiri tak tahu apa dalam fikiran dia.
“Nak seribu daya, kalau tak… seribu dalih” – Fara Salleh

Menurut Fara, ibu bapanya tidak pernah menyekat nombor telefon Shuk, namun sehingga kini, tiada sebarang usaha atau niat daripada pihak suaminya untuk mengambil tahu.
Nak seribu daya, kalau tidak seribu dalih.
Dari awal lagi macam tak suka saya hamil

Fara turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka memang sudah bermasalah sejak awal kehamilan apabila Shuk seakan tidak suka dengan kehamilannya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.
Makan minum saya pun dah mula tak terjaga. Tiada perubahan ke arah kebaikan. Sebaliknya makin besar masalah rumah tangga kami.
Urus anak seorang diri, nama ayah pun tiada salam sijil lahir

Walaupun tanpa bantuan suami, Fara bersyukur kerana dapat menguruskan anaknya seorang diri dan menyifatkan Elaine Nada sebagai anak yang sangat baik dan tak banyak ragam.
Sayalah ibu dan bapa dia. Kami hanya ada satu sama lain.
Lebih menyedihkan, urusan pendaftaran nikah mereka yang masih tidak selesai menyebabkan maklumat bapa tiada dalam sijil kelahiran anak mereka.
Pssttt! Tanggungjawab sebagai ibu atau bapa bukan sekadar status, ia adalah amanah. Anak kecil tak patut jadi mangsa keretakan hubungan orang dewasa.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
