Connect with us

Oh! Media

Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000 Gara-Gara Disuruh Perkara Yang Tak Masuk Akal!

Ohmedia elly Mazlein

Trending

Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000 Gara-Gara Disuruh Perkara Yang Tak Masuk Akal!

Elly Mazlein dedah pernah tolak tawaran RM500,000 sebab permintaan yang tak masuk akal.

Pelakon dan penyanyi popular, Elly Mazlein mendedahkan pernah menolak tawaran kerja bernilai RM500,000 semata-mata kerana diminta membuka tudung.

Menurut laporan Kosmo, Elly berkata prinsip hidupnya sebagai wanita berhijab tidak boleh dikompromi walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lumayan, sampai setengah juta ringgit, tetapi syaratnya saya perlu buka tudung.

“Saya tetap dengan keputusan saya” – Elly Mazlein

Elly Mazlein

Menurut Elly, keputusan untuk berhijab adalah muktamad dan tidak boleh ditawar-menawar.

IKLAN

Selepas saya buat keputusan untuk berhijabh, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya.

Lebih mengejutkan, tawaran itu dibuat walaupun pihak terbabit sedar statusnya sebagai wanita bertudung.

Tolak secara baik, percaya rezeki Allah

Elly Mazlein

Elly berkata dia menolak tawaran tersebut dengan cara yang baik bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tidak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung.

Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya di tempat lain.

Dalam masa sama, Elly menitipkan pesanan agar jenama dan syarikat tidak memandang rendah keupayaan wanita berhijab sebagai duta produk.

Tidak salah kalau pilih duta yang bertudung. Rezeki saya mungkin bukan di situ, tapi Allah gantikan dengan yang lain.

Pssttt! Dalam mengejar rezeki, jangan sesekali menggadaikan prinsip. Apa yang ditinggalkan kerana Allah, selalunya akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas