Korang mesti ada makanan dan minuman kegemaran kan? Lazimnya, orang akan memilih makanan seperti nasi goreng, nasi lemak, ayam masak kicap sebagai makanan kegemaran.
Menerusi video dimuatnaik gadis bernama Zakira itu, dia memohon agar orang ramai untuk memberikan tips bagaimana untuk berhenti daripada terus memakan sabun.
Dulu suka bau, sekarang jadi ketagih untuk makan
Dalam pada itu, menerusi satu lagi video lain, Zakira menjelaskan bahawa pada awalnya dia hanya suka akan bau sabun basuh baju sehinggakan sanggup untuk duduk di tepi mesin basuh untuk menghidu sabun basuh berkenaan.
Lama kelamaan, ketagihannya menghidu bau sabun itu mendorong dirinya untuk mencuba sehingga membuatkan dirinya ketagih untuk memakan sabun basuh itu sehingga ke hari ini.
Netizen sarankan jumpa doktor
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar gadis ini pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada pakar berhubung ketagihannya itu.
Macam-macam ragam ya orang kita ni? Korang macam mana? Apa pula makanan pelik yang korang suka makan?