Trending

“Duduk Bersama Awek Serumah Tanpa Nikah” – Jiran Mengadu Youtuber Popular Perangai Tak Semenggah

Published on

Buat hal! Seorang Youtuber mengundang rasa tak puas hati jiran apabila didakwa mengganggu ketenteraman orang sekeliling.

BACA: Pasangan Youtuber Dikecam Bawa Bayi 5 Bulan Naik Jetski Tanpa Pelampung

Menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, jiran menghantar pesanan Whatsapp mendakwa Youtuber itu dan pasukannya duduk serumah bersama lelaki dan perempuan.

Dakwa jiran lagi, mereka langsung tidak menghormati privasi jiran-jiran apabila sering membuat bising dan bersikap biadap.

Mereka juga didakwa bergaduh dengan pengawal keselamatan, meletakkan kereta di kawasan rumah jiran dan berdua-duaan di dalam gelap di taman.

Tegur Cikgu Fadli, kawasan kediaman yang Youtuber ini duduki adalah tempat orang-orang kaya tinggal. Mereka membeli rumah dengan nilai berjuta di kawasan itu untuk ketenangan dan privasi tetapi dirosakkan dengan kehadiran Youtuber ini.

Lebih merisaukan apabila Youtuber ini merakam video Youtube menunjukkan pergaulan bebas mereka dan ditonton anak-anak muda.

Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Exit mobile version