Menurut Kosmo, 20 orang kakitangan hospital juga turut sama-sama dipindahkan namun tiada laporan maut dilaporkan.
Panggilan kecemasan
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata,seramai 13 anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke hospital sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam tadi.
Norazam Khamis mengatakan setibanya di lokasi kejadian, didapati dua buah bilik wad terbakar dan telah dikosongkan.
Pasukan bomba kemudiannya menggunakan konsep ‘receo’ iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman.
Turut dipasang adalah tangga sehingga api padam sepenuhnya.
Norazam Khamis menjelaskan, api berjaya dikawal selepas 10 minit dan operasi di lokasi ditamatkan pada jam 12.57 pagi. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.