Trending

“Dua Tayar Lenyek..” – Saksi Kejadian Cerita Situasi Depan Mata, Tampil Buat ‘Report’

Published on

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian di mana seorang pelajar tingkatan lima meninggal dunia selepas dilanggar suspek yang merupakan anggota polis.

BACA: Kes Langgar Budak Sekolah, PDRM Takkan Lindungi Sesiapa Termasuk Pegawai Sendiri

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya bin Hassan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya.

Terbaru, tular pula di media sosial kenyataan seorang individu mendakwa dia menyaksikan kejadian tersebut di depan mata.

Ketika itu, dia dikatakan berdiri di tepi jalan dan melihat bagaimana mangsa dilanggar. Dalam satu update terkini di Instagram Story, saksi ini sudah tampil membuat laporan polis untuk membantu siasatan.

Difahamkan, saksi kejadian meninggalkan komen tersebut di perkongsian Instagram ViralPerak sehingga mendapat perhatian netizen.

Kredit: Instagram Viral Perak

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version