Trending
Dr Fauziah Jawab Dakwaan Misi Flotilla Ke Gaza Adalah Usaha Yang Sia-Sia
Dr Fauziah Hassan adalah seorang Doktor Perubatan dan merupakan salah seorang delegasi Malaysia yang menyertai misi flotilla kemanusiaan menaiki kapal Conscience di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kini dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Menerusi podcast di YouTube Akademi Aqsa Syarif, Dr Fauziah berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai misi pelayaran Women’s Boat to Gaza (WBG) pada tahun 2016. Dalam sesi tersebut, beliau turut menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menganggap misi flotila sebagai usaha yang sia-sia.
Misi flotilla bukan usaha yang sia-sia!

Dr Fauziah menjelaskan bahawa Israel sebenarnya tidak terlalu kisah terhadap kecaman masyarakat antarabangsa kerana mereka sedar tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka.
Namun, situasinya berbeza dengan misi flotilla kemanusiaan yang dijalankan, kerana ia melibatkan tindakan nyata dan usaha langsung untuk mencabar sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.
Israel ni bila you condemn-condemn, buat conference condemn, its okay, no action. Tapi sekarang ni (misi flotilla) ada action.
Beliau turut menyatakan bahawa antara sifat utama penduduk Gaza ialah tidak mudah berputus asa serta sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian dalam setiap keadaan.
Dr Fauziah menegaskan bahawa halangan atau penahanan oleh rejim Zionis ketika misi flotila hanyalah cabaran kecil jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Gaza.
Tambahnya, misi ini merupakan satu tugas yang mulia kerana ia melibatkan usaha membantu saudara seagama di Gaza yang sedang melalui kesukaran.
Pssttt! Ada yang kata misi flotilla ke Gaza hanyalah usaha sia-sia kerana kapal sering ditahan sebelum sampai ke destinasi. Tapi sebenarnya, perjuangan ini lebih daripada sekadar menghantar bantuan. Ia adalah simbol solidariti dunia terhadap rakyat Palestin dan mesej jelas menentang kezaliman.
Kadang-kadang hasil perjuangan bukan diukur pada kejayaan fizikal, tetapi pada kesedaran dan keberanian yang dilakukan.
Kredit: Youtube
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM