Trending

DJ Anne ‘Spill The Tea’, Dakwa Ada Yang Dengki Dengan Tyzo Xander

Published on

Peminat Suria Petang kecoh semalam apabila penyampai radio kegemaran, Tyzo Xander mengumumkan tak lagi bersama Suria FM.

BACA: “Thank You So Much Penganiayaan” – Tyzo Bukan Lagi DJ Suria FM, Netizen Luah Rasa Sedih

Difahamkan, Tyzo sendiri tak reda dengan penamatan kontrak tetapi dia tiada kuasa dan hanya perlu akur.

Di Instagram, DJ Anne dari Selangor FM mendakwa ada ‘orang dalam’ tak senang dengan kejayaan Tyzo di ABPBH35. Biar betul?

Rakan baik dedah ada yang tak puas hati dengan Tyzo?

Meninjau ke Instagram DJ Anne, banyak lagi yang diluahkan penyampai radio ini. Dia tumpang simpati dengan nasib yang menimpa Tyzo.

Dakwa Annie Mokhtar, pemenang Anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH35 itu dianiaya sejak dari awal lagi.

Orang yang terlibat juga dikatakan sudah berhenti ‘follow’ Tyzo di Instagram. DJ Anne turut mencabar pihak berkenaan menunjukkan dirinya yang sebenar dan berhenti berpura-pura.

Fuhh! Panas betul ni.. Rasanya ramai yang mendengar Suria Petang disebabkan celoteh Kak Rara dan Tyzo kan?

Bila dah jadi macam ni, ramai pendengar mengkritik cara Suria FM yang dikatakan tidak profesional.

Kredit: Instagram DJ Anne Selangor FM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version