Katanya, video yang ditularkan telah mendatangkan fitnah dan rakaman hanya menayangkan ‘part’ tertentu je.
Dia bagaimanapun mengakui kesalahan kerana hilang sabar, tidak sopan dan tidak profesional ketika berhadapan dengan pelanggan.
Cerita dia kalau kunci tu dah patah masa serah, macam mana orang kedai tu nak hidupkan? Mesti la patah masa kau matikan enjin tu. LOL. Pastu nak blame orang. Duk tunjuk2 jari kat muka orang tu. Kena abang ni hilang sabaq mau kena tumbuk duk jerit2 serupa laki mampus https://t.co/QvjVWfyrdR
Jelasnya, dia hilang sabar kerana diancam oleh pelanggan terbabit. Tambahan pula, video tersebut bukanlah video penuh menunjukkan situasi pada hari kejadian.
Jadi, dia meminta maaf kerana bersikap kurang sopan. Namun, dia tetap bertegas dengan pendirian tidak mematahkan kunci kereta pelanggan.
Video penjelasan pelanggan
Terdahulu, pemilik kereta Proton Exora tampil menjelaskan situasi sebenar berkenaan video viral menunjukkan dia dan pemilik pusat cuci kereta bertekak disebabkan kunci kereta yang patah.
Katanya, mereka datang semula ke kedai bukan untuk menuduh pemilik carwash tetapi mahukan kepastian dan meminta tolong.
Tetapi katanya, suasana bertukar tegang apabila pemilik carwash menyangka pihaknya dipersalahkan.