Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk tidak mengambil gajinya sebagai Perdana Menteri.
Bukan itu sahaja, Anwar juga mendedahkan bahawa beliau tidak akan menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri untuknya.
Sebaliknya, beliau hanya akan menggunakan kenderaan sedia ada bagi mengelakkan sebarang perbelanjaan dikeluarkan kerana mahu mewujudkan budaya berjimat dalam kerajaan.
Netizen kritik Anwar pakai kasut harga RM5.5K
Namun begitu, timbul pula satu isu yang dibangkitkan warganet di Twitter yang mendakwa Anwar seakan berlakon untuk tidak menggunakan sebarang pemberian kerajaan kepadanya namun, mengenakan kasut mewah yang bernilai hampir RM5.5k.
Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai Chapal… Hari ni dah upgred ke kasut berharga lebih daripada RM5,500…. Masyukkkkkkk PM #KitaBolehpic.twitter.com/gSzMGtiH0N
Anwar juga meminta agar warganet tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah ke atas dirinya.
Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan akaun Twitter yang membuat ciapan tersebut. Bahkan ada yang meminta Anwar untuk menyaman akaun Twitter tersebut.