Semalam tular di media sosial memaparkan video podcast Puteri Balqis bersama saluran YouTube brosgangtv yang mendedahkan perangai sebenar bapanya yang dikatakan seringkali melakukan penderaan dari segi mental dan fizikal terhadap Aqish dan ibunya.
Menurut Aqish, dia dan ibunya terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan ketakutan apabila bapa kandungnya itu sering berkelakuan jijik dan bernafsu binatang terhadap mereka berdua.
Bukan itu sahaja, Aqish turut mendedahkan bahawa dia hanya mampu berdiam diri kerana kedua ibu dan bapanya mempunyai identiti dan penampilan yang berbeza di mana ibunya seorang yang bertatu manakala bapanya seorang yang mengenakan jubah dan kopiah serta sering ke masjid.
Susulan itu, ramai netizen berharap agar bapa Puteri Balqis dikenakan tindakan yang sewajarnya atas perbuatannya itu.
Netizen dakwa Aqish buka aib keluarga?
Namun begitu, seorang pengguna Twitter tampil meluahkan rasa ketidakpuashatiannya apabila ada juga segelintir netizen yang menjadikan konteks darah daging sendiri sebagai tiket untuk ‘menghalalkan’ perbuatan keji ayah kandung Aqish itu.
Balqis/Aqish share dia kena sexually abused by her biological father since she was a kid, and when she come out with her story.. these fuckers said its “membuka aib”, “memalukan ayah”, “takde didikkan/belajar agama” dan banyak yang sokong untuk dia diam adalah perempuan. pic.twitter.com/y3DvpFdMij