Connect with us

Oh! Media

Dari Mencari Makna ‘Merdeka’ Ke Generasi 5G- Ini 5 Kompilasi Video Hari Kebangsaan Yang Menarik Perhatian

Ohmedia kompilasi

Trending

Dari Mencari Makna ‘Merdeka’ Ke Generasi 5G- Ini 5 Kompilasi Video Hari Kebangsaan Yang Menarik Perhatian

“Tanggal 31, bulan 8 lima puluh tujuh…”

Inilah tarikh keramat Hari Kemerdekaan negara, Gabungan Sabah dan Sarawak pada tanggal 16 September 1963 menyempurnakan Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan bahasa.

Keunikan inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa yang bertoleransi dan penuh adat budaya. Seperti kebiasaan, setiap kali tibanya sambutan Hari Kebangsaan mesti meriah dengan video patriotik. Tahun ini, 5 video ini berjaya menarik perhatian kami sebagai anak Malaysia.

Sebelah Tangan Kibar Jalur Gemilang, Sebelah Tangan Lagi…..

Video Hari Kebangsaan Maxis diinspirasikan daripada kisah benar, saban tahun kita meraikan Hari Kebangsaan dengan berkumpul menunggu percikan bunga api atau perarakan.

IKLAN

Tapi sebelum pulang, kawasan yang sebelumnya bersih jadi lautan sampah. Ini ke makna kemerdekaan, jika diri masih dibelenggu sifat pengotor?

Semoga Aiman dapat jadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Tak guna sambut Hari Kebangsaan kalau sampah pun tak tau buang ke tempat yang sepatutnya!

“Bersama Satu Suara, Sama-Sama Kita Setia…”

Vibes macam lagu Saya Anak Malaysia, tapi versi ni ada gubahan ada sedikit twist dan gubahan menjadi lagu Bersama Satu Suara dari MR.DIY.

Bila dengar banyak kali,lagu pun catchy dan mudah nak ikut. Mungkin boleh masuk list lagu patriotik wajib nyanyi setiap tahun lepas ni.

Senang Koyak? Senang Patah? Senang Sentap?- Suara Hati Generasi 5G

Generasi 5G atau generasi A.I merupakan satu sinonim kepada generasi muda. Pelbagai gelaran diberi kepada mereka hanya kerana mereka dianggap berbeza berbanding generasi terdahulu.

Walaupun muda, mereka ada apa yang generasi sebelum ini tiada. Menguasai teknologi masa depan, masa depan Malaysia pasti terang apabila generasi muda menjadi penyambung legasi.

“Menitik Air Mata”- Besar Jasa Abang Jaga

Seronok bila ada jiran yang berbilang bangsa dan saling menjaga tanpa sebarang persepsi. Rasa selamat je.

Jarang orang angkat perkerjaan ‘jaga’ ni. Mereka ni juga hero yang memastikan keselamatan kawasan kejiranan. Lepas ni, jangan lupa tegur dan ucapkan terima kasih kepada ‘jaga’ yang menjaga kawasan rumah atau tempat kerja korang.

Pengorbanan Yang Menjadi Tongkat Kemerdekaan

Lain orang, lain pengorbanan yang dilakukan. Jangan terus menghukum jika cara orang tidak sama dengan kita, kerana mungkin ada sesuatu yang mereka perlu korbankan untuk menjadi tongkat kepada kehidupan orang yang mereka sayang.

Jadi apa maksud pengorbanan dan kemerdekaan untuk korang?

Tepuk dada, tanya jiwa…

Oh! Media mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia ke-61.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas