Memberi respon kepada video tular, pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah berkata, makanan itu berisiko mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan sebagainya.
Kata Dr Rafidah, crepe yang beliau tahu mengandungi makanan sihat seperti buah-buahan bukannya seperti video tular itu.
Crepe yang saya tahu ada buah2an. Bukan seperti ini – macam mengundang kencing manis dan penyakit kronik sahaja. https://t.co/UYwoFRbSHO
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan para pengguna media sosial. Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dengan trend terkini di mana orang ramai sanggup beratur untuk makanan tidak berkhasiat.
Kalau nak makan sekali sekala apa salahnya kan? Tetapi orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri supaya tidak merana kemudian hari.