Trending

Cover Album Muka Marissa Tapi Video Umisya, Butik Muslimah Disyaki Sengaja Cetus Kontroversi

Published on

Agensi yang menguruskan isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan tampil menafikan dakwaan terlibat dalam marketing murahan sebuah jenama pakaian muslimah.

BACA: Butik Muslimah Dikecam Lepas ‘Upload’ Video Mesra Aslam Dan Marissa, Umisya Pun Kena ‘Game’?

Agensi berkata, sebelum menerima sebarang tawaran kerja, pihaknya akan memeriksa media sosial brand untuk memastikan Marissa bukanlah ‘wajah’ untuk jenama tersebut.

Tetapi, mereka menyedari Marissa salah seorang model selepas tiba di lokasi photoshoot di Janda Baik. Mereka tak boleh cancel job disebabkan sudah terima bayaran.

Mereka cuba bersikap profesional dan meminta jasa baik pihak client supaya memuat naik gambar Marissa terlebih dahulu, kemudian diselang selikan dengan gambar model lain.

Ketika sesi photoshoot, Umisya ditemani pihak agensi dan tiada kelibat Aslam serta Marissa di lokasi berkenaan. Dakwa agensi lagi, pihaknya ada bertanyakan client mengenai posting media sosial yang mengelirukan tetapi tiada respon.

Agensi terpaksa tampil dengan penjelasan untuk menafikan dakwaan apa yang berlaku adalah content. Tegasnya, Umisya memang tidak tahu suami terlibat photoshoot bersama Marissa.

Kredit: Instagram Listrik Networks

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version