Oh! Artis

“Congratulations Muhammad Hairi”, Kekasih Tunjuk Cincin Di Jari, MK K-Clique Sudah Bertunang?

Published on

Penyanyi rap popular, MK K-Clique dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan bersama kekasih pilihan hatinya yang dikenali sebagai Siti Hajar.

Dakwaan ini timbul apabila tular satu foto memaparkan wanita berkenaan menunjukkan cincin di jarinya.

Tambahan menerusi foto tersebut, dilihat MK mengenakan persalinan baju raya berwarna merah yang sedondon dengan kekasih hatinya, Hajar.

Malah, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, MK berkongsi fotonya bersaiz pasport sambil memakai songkok dan mendoakan agar urusan setiap orang dipermudahkan.

Salam Jumaat! If you’re reading this, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmatnya. Aminn Allahuma Aamiinn.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi itu termasuk rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada MK yang dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Sebelum ini, MK pernah didakwa telah berhibur di salah sebuah kelab malam yang terletak di Kuala Lumpur.

BACA: “Minum Kopi 3 Dalam 1” – Didakwa Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal Botol Air Depan MK K-Clique

Kredit: Instagram MK K-Clique

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version