Mana yang tuduh Chacha Maembong ada terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan tu dah boleh duduk diam kot sebab Chacha dahpun membuat laporan polis di Balai Polis Seremban.
Laporan dibuat selepas nasihat peguam dan sekaligus untuk menghentikan segala fitnah yang mengatakan dirinya terlibat dalam isu Macau Scam serta sindiket pelacuran.
Sebelum ni Chacha ada keluarkan kenyataan yang buat apa dia masih berlakon kalau betul lah dirinya terlibat dalam aktiviti pelacuran tersebut. Betul juga apa yang dikatakannya tu, baik duduk rumah goyang kaki sebab duit dah banyak.
Chacha juga mengatakan yang dirinya akan mengambil tindakan kepada individu yang telahpun memfitnahnya. Korang ni pun, main lepas je! Padahal taktahu benda tu betul ke tak. Jangan sesekali buat andaian, tambah lagi isu-isu besar macam ni.