Connect with us

Oh! Media

“Rasa Jahat, Juicy Dah Mendunia” – CEO Kaki Review Tak Koyak, Maafkan Netizen Dunia Akhirat

Ohmedia ceo Kaki Review

Trending

“Rasa Jahat, Juicy Dah Mendunia” – CEO Kaki Review Tak Koyak, Maafkan Netizen Dunia Akhirat

Pempengaruh, Kaki Review sebelum ini tampil menegur content creator yang membuat ulasan sehingga menjatuhkan perniagaan orang lain.

Katanya, ulasan hendaklah dibuat secara jujur tetapi janganlah terlalu kejam. Jika makanan tidak menepati selera, teguran haruslah dibuat secara tertutup bukannya secara terbuka di dalam video.

BACA: “Kalau Tak Sedap, Boleh Jujur Tapi Jangan Cakap Dalam Video..”- Kaki Review Minta Jumpa Peniaga Terus

IKLAN

Teguran itu membuatkan netizen mengejek cara pempengaruh ini membuat ulasan. Antara perkataan yang digunakan adalah sos yang jahat dan roti yang juicy.

Perkataan jahat, juicy jadi ejekan

Menurut netizen, perkataan yang digunakan tidak sesuai dan tidak membantu penonton untuk menilai rasa sebenar.

Terbaru, pempengaruh ini tampil berterima kasih kepada netizen yang menegur. Tidak ‘koyak’ dengan kritikan, CEO Kaki Review mengambilnya dari sudut positif dan akan perbaiki kelemahan yang ada.

Dia juga berterima kasih kerana kritikan telah membuatkan namanya dikenali lebih ramai orang. Dalam masa yang sama, dia memaafkan segala komen yang ditinggalkan.

Tak simpan dendam, akan perbaiki diri

Kaki Review

Korang tak payahlah nak komen video yang lama-lama sebab content aku ni berbeza-beza. Aku boleh buat POV, voice over, dan aku belajar buat hosting. Sebelum ni aku ada buat hosting, kritik makanan tapi owner tak suka jadi aku ubah.

Pempengaruh yang mempunyai lebih 100,000 pengikut di TikTok ini mengakui kritikan telah memberikan dirinya lebih semangat untuk perbaiki kekurangan.

Dia juga tidak berdendam dan mendoakan kebaikan buat netizen yang menegurnya.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia content creation, kritikan adalah lumrah. Namun, cara kita menerimanya menentukan sejauh mana kita boleh berkembang. Penerimaan CEO Kaki Review menunjukkan beliau seorang yang tidak mudah koyak dan profesional.

Ohmedia ceo Kaki Review

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @ceokakireview


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas