
Trending
CEO Batu Hadapi Dua Pertuduhan Berat, Akan Didakwa Di Mahkamah Esok
Pempengaruh CEO Batu akan didakwa secara berasingan esok dan lusa, ini nasib menantinya.
Pempengaruh yang dikaitkan menghantar gambar tidak senonoh kepada seorang remaja akhirnya akan didakwa di mahkamah esok.
Memetik laporan Sinar Harian, CEO Batu disiasat atas dakwaan melakukan amang seksual bukan fizikal.
CEO Batu hadapi dua pertuduhan

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan suspek akan didakwa buat kali pertama di Mahkamah Ampang pada Khamis.
Untuk pertuduhan pertama, kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(i), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pertuduhan ini membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan/atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Manakala untuk pertuduhan kedua iaitu menyimpan gambar lucah dalam telefon bimbit, CEO Batu didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan akan dituduh di Mahkamah Selayang pada Jumaat.
Untuk pertuduhan kedua ini, tertuduh berdepan penjara maksimum 3 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Suspek sebelum ini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 22 Mei lalu dan telah direman selama empat hari.
Siasatan awal polis mendedahkan perlakuan tidak senonoh terhadap mangsa dipercayai telah bermula sejak awal Mei lalu.
Kes melibatkan pempengaruh ini turut mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice.
Pssttt! Jika terbukti bersalah, diharapkan hukuman setimpal dapat dikenakan agar menjadi pengajaran kepada semua.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
