Trending
CEO Batu Didakwa Lagi, Kali Ini Simpan Video Dan Gambar Lucah Dalam Telefon
Pempengaruh CEO Batu sekali lagi dihadapkan ke mahkamah, kali ini atas dakwaan miliki bahan lucah.
Lepas satu, satu lagi kes timbul melibatkan pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu. Kali ini, dia sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya.
Menurut laporan Kosmo!, tertuduh yang dikenali sebagai Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Didakwa simpan gambar dan video lucah

Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Iqbal didakwa menyimpan gambar serta video lucah dalam galeri telefon bimbit miliknya.
Kejadian berlaku pada 22 Mei lalu sekitar jam 11.39 pagi di pejabat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Gombak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 292. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.
Minta jaminan lebih rendah kerana hilang punca pendapatan

Timbalan Pendakwa Raya Birr Zamier Abu Bakar mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000. Namun, peguam tertuduh, Nabil Ashraff Ridzuan merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya kini mengalami kesukaran kewangan.
Sebelum ini anak guam mempunyai pendapatan sekitar RM3,000, bagaimanapun sejak kes ini, banyak kontrak ditamatkan. Bapa tertuduh bekerja di sebuah kilang, tertuduh sendiri mempunyai masalah saraf akibat kemalangan, mohon mahkamah mempertimbangkan jaminan rendah dengan mengambil kira faktor-faktor ini.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pssttt! Bila dikenali ramai, setiap perbuatan akan lebih diperhatikan dan dinilai. Apa pun, kita serahkan pada pihak mahkamah untuk menentukan keputusan yang adil.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM