Tidak dinafikan, kahwin lebih dari satu merupakan perbuatan yang dibenarkan dalam Islam namun, sekiranya seseorang itu berniat untuk bernikah lagi, dia perlulah mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan adil terhadap isteri-isterinya nanti.
Namun, lain pula dengan satu situasi yang mula tular di media sosial memaparkan beberapa hantaran mesej oleh seorang lelaki yang ingin mengadakan majlis perkahwinannya dengan bakal isteri barunya.
Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel…. Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri. pic.twitter.com/gSZAYaynED
Menerusi ciapan itu, lelaki berkenaan bertindak meminta wang daripada ahli keluarganya untuk membiayai majlis perkahwinannya nanti.
Lebih memalukan, lelaki yang berkeinginan untuk berkahwin satu lagi itu turut meminta wang daripada isterinya yang dianggap sebagai ‘T20’. Tak malu betul?
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap lelaki berkenaan yang ingin bernikah satu lagi tetapi tidak mempunyai kemampuan dari segi wang ringgit.