Trending

‘Bukan Suami Je, Harta Pun Kena Rampas!’ – Trending No 1, Ramai Geram Tengok Juwita Dihalau.. Zalim!

Published on

Walaupun baru 4 episod ditayangkan, drama Takdir Yang Tertulis lakonan mantap Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad telah mendapat tempat di hati penonton. Buktinya, drama ini telah trending no.1 di Twitter selama tiga episod berturut-turut.

Ramai yang geram apabila mendapat tahu rakan baik Juwita (Nad Zainal) iaitu Ruhila (Elvina Mohamad) adalah isteri kedua kepada Azlan (Nazim Othman).

Bayangkan selama 7 tahun, Juwita telah ditipu hidup-hidup oleh suami dan rakan baiknya itu. Lebih mengejutkan apabila jawatan Juwita sebagai CEO di syarikat milik keluarganya telah digugurkan dan digantikan dengan Azlan.

Tidak cukup dengan itu, ibu Ruhila (Didie Alias) bersama orang-orangnya telah menghalau Juwita keluar daripada rumahnya sendiri. Ibu Ruhila turut mendedahkan Mika adalah anak kandung kepada Azlan dan Ruhila. Kejam!

Kredit: Drama Sangat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version