Di Instagram, madu Marissa iaitu Umisya Mazlan turut memuat naik foto beraya dengan suaminya. Foto itu menjawab teka teki netizen sama ada Umisya masih bergelar isteri kepada Aslam.
Menurut Umisya, dia sebenarnya tidak suka mendedahkan perihal rumahtangga disebabkan hal-hal tertentu.
Foto berkenaan dimuat naik sebagai kenang-kenangan dan mengelakkan fitnah yang lebih besar kepada dirinya.
Yang bertanya, ya kami masih bersama. Misya tak suka nak expose atas asbab tertentu. Bukan sebab competition, jealousy dan lain-lain.
Tulisnya lagi, dia memilih untuk berhenti bertelagah kerana Allah SWT, terutamanya dengan mereka-mereka yang tidak mendengar atau memahami apa yang dia lalui.