Trending

“Bukan Nak Acah-Acah Baik..” – Netizen Tegur Kevin Zahri Cium Anak Di Mulut

Published on

Berkongsi foto menyambut hari raya bersama keluarga, perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri menerima teguran daripada netizen. Ini berikutan foto menunjukkan dia mencium anak di bahagian mulut.

BACA: Polis Buru Lelaki Cium Mulut Kanak-Kanak & Akan Siasat Bawah Akta Kesalahan Seksual

Netizen berpendapat perkara ini tidak seharusnya dijadikan kebiasaan kerana tidak bersesuaian dengan norma dan masyarakat Islam negara ini.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa kurang senang dan menasihatinya agar lebih peka mengenai hal itu. Menurut mereka, walaupun ianya hanyalah simbolik kasih sayang seorang bapa terhadap anak, namun ianya tidak seharusnya menjadi kebiasaan tambahan pula anak semakin meningkat usia.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Kevin Zahri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version